KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21

Kem ahiran insaniah (soft skills) merupakan kemahiran yang sangat penting dan kritikal dalam abad ke- 21 ini. Kepentingan kemahiran ini telah banyak diperkatakan dan diberi penekanan oleh pihak majikan terutamanya sektor korporat kerana ianya menjamin kesinambungan kelestarian atau kebolehpasaran sesebuah organisasi. Pada pandangan majikan, penguasaan kognitif sahaja belum mencukupi untu k menghadapi cabaran persaingan yang hebat pada masa kini. Oleh itu kemahiran insaniah diperlukan bagi melengkapi kemahiran kognitif bagi membentuk individu yang holistik dan mampu berdaya saing dalam era kemodenan ini. Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal, berkomunikasi dan menyatakan idea ‐ idea dengan jelas (komunikasi lisan dan tulisan), bekerja dalam kumpulan, memimpin dan juga kemahiran sosial (Rusmini, 2011). Trilling dan Fadel (2009,) menyatakan kemahiran insaniah terdiri daripada tiga set kemahiran iaitu kemahira...